Wednesday, May 5, 2010

penipuan unikl sekali lagi

okay, dimaklumkan aku telah pun menjadi bekas pelajar unikl, entahlah nak teruskan blog ini atau tidak kerana unikl tidak pernah gentar dengan cerca herdik pelajar unikl, mereka tetap kepala batu. tiada perubahan dan juga berdiri dengan ketamakan diri sendiri.

okay ni nak story sikit pasal memo yang dikeluarkan oleh unikl dimana unikl telah mengeluarkan new basis charging pada 17 december 2009 iaitu pengiraan mata pelajaran mengikut kredit. setelah 4 tahun baru ada mengikut kredit? wtf man. abis tu macamana korang kira pengiraan kredit untuk budak-budak batch 2006-2007? daripada info yang aku dapat ada sesetengah daripada mereka membayar mengikut kredit hour yang sebelum ni pihak unikl kata mereka tidak mengenakan bayaran mengikut kredit. apapun management unikl tetap sampah seperti sedia kala.

oleh kerana memo new basis charging ini keluar aku telah pun pergi ke unikl bertanyakan hutang unikl kerana dari pengiraan yang aku buat unikl berhutang lebih kurang rm1800, ini berdasarkan pengiraan yang mereka bagi.

okay ini antara dialog bersama jin-jin unikl

unikltipupelajar : berdasarkan pengiraan new charging yang dikeluarkan pada 17 december 2009 di unikl online, saya mendapati unikl berhutang dengan saya berjumlah rm1800

jin unikl : oh yeke? mengikut pengiraan saya kebanyakan pelajar masih berhutang dengan unikl

unikltipupelajar: tapi saya boleh buktikan dimana memo yang dikeluarkan telah saya simpan sebagai bukti.

jin unikl : okay macamana kau kira? daripada apa yang kami tahu kami tidak berhutang

unikltipupelajar: okay daripada bukti ini saya adalah pelajar batch 2007, mengikut kaedah ini saya telah mengambil sekian-sekian kredit hour di mana saya telah pun transfer 36 kredit hour. saya telah membayar 33k iaitu 6 sem * 5.5k, dengan itu setelah menolak jumlah kredit hour yang saya ambil unikl telah berhutang lebih kurang rm1800

jin unikl : terdiam sekejap. okay bagi id number

unikltipupelajar: 52245xxxx

jin unikl: okay macamni encik unikltipupelajar, kami memang mengeluarkan memo tu tapi bukan untuk batch encik unikltipupelajar, batch yang telah habis kami tidak akan mengira untuk memo ini, paham?

unikltipupelajar: tapi kalau encik jin taknak kira kenapa perlu letak column untuk batch saya? ini adalah tidak adil bagi pelajar-pelajar.

jin unikl: kau bekas pelajar, memo ini untuk pelajar sahaja. faham? (terus blah)


ini bukan dialog sebenar tapi isi-isinya adalah benar, aku dah lupa macamana aku berbincang dengan jin tingkat 29 tu yang aku ingat adalah isi-isi penting sahaja. so kepada batch yang akan habis pada pertengahan tahun ini diharap buat pengiraan dan minta unikl pulangan duit tu kepada mara, kesian mara dah takde duit pasal kena kikis oleh universiti-universiti seperti universiti kuala lumpur ini.

sekian dari anonymous

3 comments:

  1. kalau ko nak lagi byk audience g tulis kat sini http://unikl.org

    mmeber kat facebook pun da ade dkat 700rat lebey

    ko tulis kat sini orang tak baca bro

    ReplyDelete
  2. ada sebuah campus di perintah oleh maharaja badrol shah ... prop kangkung. Prop tak berapa prop ,,,,,,,,, kerje dia naik kapai terbang. kecik kecik tak dapat naik,

    tapi kerje malas

    ReplyDelete