Sunday, January 31, 2010

kekeliruan harga 1 kredit hour

benda ni dah lama di post, tapi aku terpaksa mengepost kembali dengan hujah-hujah baru, ingat lagi unikl mengeluarkan total pinjaman/ total kredit hour? dari situ anda sudah tahu unikl penuh dengan tipu muslihat.

harga bagi satu kredit hour adalah berlainan bagi setiap matapelajaran dimana mata pelajaran di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu general studies, elective studies dan juga major studies. kenapa harga lain-lain? kerana ada sesetengah langsung tidak related pada pengajian kita dan sesetengah hanya untuk mencukupkan jumlah kredit hour. tiga bahagian adalah sebagai contoh, ada banyak lagi bahagian-bahagian lain seperti wajib LAN, wajib unikl, teras dan sebagainya. ini adalah fakta yang betul. mana bukti? buktinya adalah pelajar senior yang mengambil 9 kredit hour tapi bayar hanya rm1825. dimana 1825/9 = 202.777777777777777777777777777

difahamkan sekali lagi bayaran bukan dari total pinjaman / total kredit hour
.


pengiraan ini telah dikeluarkan oleh pihak finance untuk cuba menutup kepincangan sistem yang mereka banggakan selama ini. memang ramai yang terpegaruh dengan pengiraan ini, dan rasa bersalah kepada pihak unikl dan terasa kita pula berhutang padanya. sungguh kelakar sebenarnya pengiraan ini; dimana anda akan mendapat infinate floating number kat belakang tu untuk harga satu kredit hour.

unikl mengunakan sistem "combo meal" untuk setiap pengambilan lebih dari 12 kredit hour satu sem dimana harganya adalah tetap iaitu rm5500. kurang daripada itu akan dikenakan harga mengikut kredit hour. takkan kau pergi KFC order air pepsi kene bayar harga ikut harga combo meal kan?

sila ambil perhatian disini; kami bukan menentang tanpa bukti; kami mempunyai bukti yang kukuh untuk mencanggah jawapan dari pihak finance. dan difahamkan sekali lagi pihak MARA tidak tahu apa-apa pasal sistem yang diamalkan oleh pihak universiti. bagi pihak yang berkata " kau bodoh tu la kau nak berkira pasal duit, cuba score kan convert jadi bantuan" sila faham yang di unikl kita bukan semuanya mendapat bantuan MARA; macamana pihak yang mendapat bantuan PTPTN? dan macamana juga pihak yang bayar sendiri? sebab sikap demikianlah pelajar-pelajar unikl pandai di universiti tapi bodoh diluar. itu bukan win-win situation. itu adalah i-win-while-u-being-stupid-forever.


sekian Anonymous untuk menjawab hujah-hujah pelajar yang pandai lagi handsome.

1 comment:

  1. Pertama sekali, pujian kepada pihak editorial unikltipupelajar, kerana lantang dalam menyampaikan mesej tentang penyelewangan dan kualiti tidak baik pihak pengurusan UniKL. Teruskan dengan usaha anda.

    Saya dan rakan-rakan baru sahaja membuat forum untuk pelajar, menggunakan software vBulletin yang professional, dan juga telah mengumpul beberapa pelajar lain yang berpengalaman dalam berforum. Diharapkan pengunjung laman web ini dan pihak editorial sendiri dapat menyertai kami dan meneruskan perjuangan hak pelajar UniKL dengan cara lebih professional, dan mendapatkan lebih perhatian daripada pelajar lain khususnya.

    Sila jemput ke forum ini http://unikl.org

    Terima Kasih,
    Suraya Hamdan

    ReplyDelete