Monday, July 27, 2009

Perubahan baru unikl

pa khabar penjilat-penjilat bontot yang dikasihi lagi disukai oleh admin unikl; mungkin ramai yang perasan unikl sekarang mengeluarkan undang-undang lebih ketat dari sebelumnya dan yang paling ketara adalah dari segi pemakaian datang ke kuliah. di harap anda semua support undang-undang yang telah diperketatkan ini kerana untuk menjaga "image" dan maruah unikl sebagai unversiti yang mungkin unggul satu hari nanti.

undang-undang ini sebenarnya adalah undang-undang lama; oleh kerana pihak unikl tidak mengambil kisah tentang perkembangan pelajar maka undang-undang ini adalah seperti perhiasan semata-mata. walaupun pihak kami tidak suka berpakaian kemas seperti hipokrit di tingkat 1; kami cuba berusaha untuk berpakaian tidak melanggar undang-undang unikl yang telah diperketatkan ini. walaubagaimanapun pihak kami cukup tidak bersetuju dengan cara bebal-bebal ini menjalankan tugas mereka seperti menghalau pelajar balik ke rumah untuk tukar baju semata-mata kerana menlanggar etika pemakaian.

Bagi kami; unikl tetap unikl, tidak cukup dengan borang auto debit, bermacam-macam cara digunakan untuk mengongkong pelajar mungkin kerana ingin menunjukkan mereka ada kuasa. kenapa baru sekarang diperketatkan?

1. Peralihan orang atasan, daripada MeCD ke KPT. ini adalah satu sebab utama unikl perlu menjaga "image" supaya lebih elegent disukai ramai.

2. Walaupun UNIKL tidak berubah menjadi IPTA. tetapi Undang-undang IPTA perlu diimplant bagi menjamin mendapat kemudahan-kemudahan kewangan dan dana penyelidikan dengan efficient. Dengan itu, banyak kos-kos untuk kemudahan dapat dipotong tetapi tidak yuran pelajar kerana pelajar tidak layak mendapat potongan kerana bagi mereka kita bayar kurang dari apa yang mereka sediakan. mungkin jika mendapat dana yang mencukupi; kita akan mendapat Lobby unikl yang lebih canggih untuk tatapan umum. Kemudahan internet dan komputer di lab tidak perlu diperbaiki kerana itu sudah mencukupi bagi pelajar unikl dan pihak luar hanya "check" kekemasan lab komputer daripada meng"check" perisian, sistem dan kelajuan internet.


apapun terima kasih unikl kerana perubahan anda lakukan. KEEP IT UP!! saya sayang unikl