Saturday, October 24, 2009

sampah #1 unikl yang semakin hampas

Seperti universiti-universiti lain, unikl juga menganjurkan open day 2 kali setahun. unikl menganjurkannya pada 19/10/2009-20/10-2009 so sesiapa yang datang ke kampus akan nampak booth-booth BSE, BCEC, BIMD dan bla bla bla. aku bukan nak kata booth mereka tak gempak, tak menarik, mereka lah lebih hebat daripada sampah-sampah korup diunikl menganjurkan exhibition-exhibition macam ni. cuma di mana management sampah ni berada? adakah booth mereka di tempat parking? ditandas tingkat 1? ataupun di atas langit?

Serious aku tak nampak booth pihak admin atau unikl terbuka dan terlopong di lobby pada haritu. apa aku nampak semuanya pelajar-pelajar yang menunjukkan hasil kerja final year project mereka dan ini juga sungguh pelik kerana sepatutnya mereka mempunyai exhibition sendiri bukan yang dicampur aduk dengan open day unikl. nampaknya syaitan-syaitan yang pakai baju smart-smart ni masih mempunyai otak di buku lali tau nak cut budjet sana sini untuk masuk poket sendiri. teringat aku setahun yang lepas dimana pelajar BIMD telah membuat exhibition tribute to jalan ampas. itu the best, kenapa the best? pasal student yang buat, satu lobby dorang punya dan itu bukan unikl open day. unikl open day adalah selepas event mereka. Apa yang aku pasti pengabungan kali ini adalah project mega korupsi untuk cut budjet sana sini baki-baki masuk poket.

open day kali ini juga sangatlah tidak membrangsangkan dimana pihak-pihak yang patut datang tidak datang (entah dorang pernah datang ke tidak) seperti kompeni-kompeni di aliran IT etc etc, sepatutnya merekalah paling cenderung datang untuk melihat bakat pelajar-pelajar unikl yang sangat hebat daripada management unikl yang mempunyai otak di buku lali ini. tapi seperti biasa; hanya pelajar sekolah yang datang. tak payah cakap pelajar sekolah lah, cikgu mereka pun terlopong kalau student BSE terangkan sistem mereka.

selain itu juga, apa yang aku dengar makanan untuk pelajar-pelajar yang menjayakan open day ini sungguh menyedihkan. jumlah sebenar untuk budjet makanan ni aku tak pasti, tapi yang aku tahu makanan yang disediakan adalah seperti sisa-sisa makanan untuk makanan anijing. tapi untuk lecurer pandai plak korang bungkus lain ek? memang dasar makan duit haram macamtuh lah. cuma daging babi jer korang tak makan. kalo budjet untuk makanan adalah rm1000~2000 aku confirm korang bayar hanya rm300~700 untuk makan pelajar yang lain masuk poket. dah cukup untuk open day yang cukup sampah ni.

ok, ni pula point yang tak panjang tapi perlu disebut juga. tentang jamuan raya untuk pelajar unikl langsung tidak dibuat (mengenakan bayaran bukan jamuan raya itu jamuan berbayar ok?)
tapi untuk staff bukan main lagi korang hari-hari open house. memang korang ni jijik sejijik sampah masyarakat. aku malas nak tapis dah pasal korang ni memang sampah yang tak perlu ditapis. walaupun aku tak pernah menghadiri jamuan raya unikl, tapi aku saje nak cari point nak kutuk admin/management unikl yang cukup sampah ni.

Dan lastly unikl new mmp/jpm. nampaknya korang mula menyalak walaupun aku berdiam, aku tak pernah mengundi korang kerana sistem pengundian diunikl cukup pelik dan sangat singkat dan juga dianjurkan oleh orang-orang yang tak pernah nampak batang hidung masa event-event unikl berlangsung. orang-orang ni pelik skit pasal aku nampak event pelantikan jer dorang ada, mungkin kononya macam badan bebas lah. bullshit! ntah sape korang pilih, penamaan calon pun ntah kat mana korang kutip. apapun aku harap korang tak payah lah nak menyalak disini dan ajak nak buat meeting dengan aku. apa yang perlu korang buat masa buka blog ni hanyalah amik pen, tulis point-point aku sebut (kalau nak digital punya copy and paste jer) dan bentangkan dimeja meeting walaupun aku tahu keputusan tetap macamtu juga.

aku malas ingin berbudi bahasa, kerana kita berbudi kepada orang yang betul-betul kita hormat dan sanjung tinggi. sekian dari anonymous


Wednesday, October 21, 2009

RM84,000 untuk 2 Laptop-SPRM Digesa Siasat MARA

ARKIB : 20/10/2009
Lagi harga alatan 'tidak masuk akal' dikesan

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara masih lagi mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga 'tidak masuk akal' bagi tahun 2008.

Antaranya, laporan itu mengesan pembekalan dua unit komputer riba yang harga pasaran hanya RM9,000 tetapi dibeli pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk kegunaan makmal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau, Pulau Pinang pada harga RM84,640.

Kolej itu juga dibekalkan sebanyak 15 unit pencetak laser jenama Hewlet Packard P3005X pada harga RM7,722 seunit berbanding harga pasaran RM5,000 seunit.

"Jumlah yang dibayar oleh Mara adalah RM40,830 lebih tinggi daripada harga pasaran," menurut laporan itu.

Antara kelemahan lain yang dikesan adalah pembelian 204 manual pengajaran kulit keras antara harga RM1,393 dan RM2,945 yang berjumlah RM358,476 dan kesemua manual itu sebenarnya tidak digunakan.

Pembelian alatan berjenama sama tetapi pada harga berlainan juga dikesan menyebabkan kerugian mencecah ratusan ribu di kolej berkenaan.

"Wujud perbezaan harga setiap peralatan yang sama di makmal dan bengkel berlainan, harga itu didapati tidak konsisten antara makmal yang terlibat, walaupun peralatan berkenaan mempunyai spesifikasi dan jenama sama," katanya.

Mara juga dikesan gagal menguna pakai pandangan yang diberikan pihak perunding.

"Pada pandangan audit, kos peralatan oleh perunding dan harga pasaran perlu digunakan sebagai panduan semasa menetapkan harga kontrak.

"Selain itu, kajian pasaran peralatan perlu dibuat dengan teliti sebelum perolehan diluluskan. Mara sepatutnya mengoptimumkan perkhidmatan perunding untuk menjalankan kajian pasaran peralatan bagi menjamin harga yang ditawarkan adalah munasabah," katanya.

Wujud juga permasalahan tuntutan bayaran di luar syarat kontrak.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 turut mengesan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas.

Antara kelemahan yang diperhatikan adalah kontraktor gagal menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Walaupun diberikan tiga kali lanjutan masa iaitu selama 251 hari, bangunan MRSM masih belum memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki sehingga kini menyebabkan Sijil Perakuan Siap Kerja tidak dapat dikeluarkan.

Selain itu, denda ganti rugi yang ditetapkan tidak dikenakan ke atas kontraktor atas kelewatan menyiapkan projek.

"Di samping itu, bangunan yang siap mempunyai kecacatan dan kurang berkualiti.

''Berlaku kebocoran paip dan resapan air di asrama dan kuarters guru hingga meninggalkan kesan ketara di dinding, kemudahan di pavilion dan di padang tidak dapat digunakan kerana pembinaan tidak mengikut spesifikasi," katanya.

Selain itu, Jabatan Audit Negara juga telah melakukan audit terhadap 11 projek pembinaan di lima kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu di Sabah, Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Kelantan.

Pengauditan dijalankan antara Oktober hingga Disember 2008 mendapati beberapa kelemahan dalam pengurusan projek pembinaan dan penyenggaraan kampus UiTM.

"Antara kelemahan adalah kurang perancangan di peringkat awal menyebabkan banyak perubahan kerja dibuat dan pertambahan kos.

"Pengurusan pemantauan projek juga tidak berkesan menyebabkan projek lambat disiapkan dan pembinaan kurang berkualiti," katanya.

P/S : Unikl mengenakan "YURAN YANG TERLALU TINGGI" Bila lah mau masuk newspaper? patut letak tajuk "RM5500 untuk satu semester di unikl sedangkan kualiti pembelajaran, peralatan dan perkhidmatan berada dibawah tahap sampah, SPRM/pengajian tinggi digesa siasat UNIKL" Apapun kepada mara tahniah kerana berjaya menghabiskan duit rakyat dengan cepat.