blog unikl tipu pelajar di buka untuk tatapan umum, walaubagaimanapun post-post lama telah dibuang, dengan dukacitanya kami tidak akan meneruskan petition . perjuangan ini akan bertukar sebagai perjuangan personal dan tidak akan membabit pihak luar. nampaknya setiap semester baru pihak unikl akan cuba membawa masalah baru kepada pelajar-pelajar, dan masalah ini selalunya sukar di bawa berbincang.
1. pihak unikl telah merancang untuk membuang author unikltipupelajar dan juga penyokong-penyokong agresif unikltipupelajar yang mendedahkan identiti. maka dengan ini akan membahayakan diri anda sendiri.
2. pihak jpm/mmp "sesetengahnya" masih menjadi penjilat bontot; menyokong pihak unikl daripada mempertahankan hak asasi pelajar. dimana sungguh pelik dari universiti-universiti awam yang lain pihak jpm/mmp akan mempertahankan pelajar.
3. pihak unikl masih merasakan pelajar unikl masih beruntung, dengan "kecanggihan" mereka berikan. maknanya pihak unikl "merasakan" pelajar masih membayar kurang dari apa yang mereka sediakan. kecanggihan yang dimaksudkan mungkin lobby unikl.
4. jawapan tentang kekeliruan pelajar telah dikeluarkan, dihantar oleh wakil MMP unikl sendiri kepada kami, walaupun jawapannya cukup berputar belit. dengan itu walau apa pun tindakan yang diambil unikl tetap unikl. lupakan untuk claim balik duit anda, terima kasih kerana secara 200% memang tidak dapat dikembalikan.
5. pelajar ex unikl yang pernah menentang menyarankan untuk berhenti kerana mereka merasakan apa unikltipupelajar buat ini adalah sia-sia kerana pihak unikl tidak akan bertolenransi dengan pelajar-pelajar minoriti, apa yang anda boleh buat adalah berjuang untuk diri sendiri.
mungkin itu saja update utama yang kami ada; kami telah disablekan comment, kenapa? kerana kebanyakan penjilat-penjilat bontot suka bagi komen panas. haha. unikl sekarang memaksa anda mengisi borang auto debit untuk register sem. unikl memang suka buat orang panas juga. haha. apapun diharap anda melakukan perjuangan personal anda menentang auto debit.
sekian