Tuesday, April 28, 2009

menjawab kekeliruan harga satu kredit hour


harga bagi satu kredit hour adalah berlainan bagi setiap matapelajaran dimana mata pelajaran di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu general studies, elective studies dan juga major studies. kenapa harga lain-lain? kerana ada sesetengah langsung tidak related pada pengajian kita dan sesetengah hanya untuk mencukupkan jumlah kredit hour. tiga bahagian adalah sebagai contoh, ada banyak lagi bahagian-bahagian lain seperti wajib LAN, wajib unikl, teras dan sebagainya. ini adalah fakta yang betul. mana bukti? buktinya adalah pelajar senior yang mengambil 9 kredit hour tapi bayar hanya rm1825. dimana 1825/9 = 202.777777777777777777777777777

difahamkan sekali lagi bayaran bukan dari total pinjaman / total kredit hour
.


pengiraan ini telah dikeluarkan oleh pihak finance untuk cuba menutup kepincangan sistem yang mereka banggakan selama ini. memang ramai yang terpegaruh dengan pengiraan ini, dan rasa bersalah kepada pihak unikl dan terasa kita pula berhutang padanya. sungguh kelakar sebenarnya pengiraan ini; dimana anda akan mendapat infinate floating number kat belakang tu untuk harga satu kredit hour.

unikl mengunakan sistem "combo meal" untuk setiap pengambilan lebih dari 12 kredit hour satu sem dimana harganya adalah tetap iaitu rm5500. kurang daripada itu akan dikenakan harga mengikut kredit hour. takkan kau pergi KFC order air pepsi kene bayar harga ikut harga combo meal kan?

sila ambil perhatian disini; kami bukan menentang tanpa bukti; kami mempunyai bukti yang kukuh untuk mencanggah jawapan dari pihak finance. dan difahamkan sekali lagi pihak MARA tidak tahu apa-apa pasal sistem yang diamalkan oleh pihak universiti. bagi pihak yang berkata " kau bodoh tu la kau nak berkira pasal duit, cuba score kan convert jadi bantuan" sila faham yang di unikl kita bukan semuanya mendapat bantuan MARA; macamana pihak yang mendapat bantuan PTPTN? dan macamana juga pihak yang bayar sendiri? sebab sikap demikianlah pelajar-pelajar unikl pandai di universiti tapi bodoh diluar. itu bukan win-win situation. itu adalah i-win-while-u-being-stupid-forever.

dan difahamkan sekali lagi blog ini hanyalah untuk mengumpul pelajar universiti kuala lumpur untuk sign petition dan dengan masa yang sama ingin membuat mogok secara aman bukan sampai nak bakar bangunan tu.

sekian Anonymous untuk menjawab hujah-hujah pelajar yang pandai lagi handsome.

terima kasih kepada encik fendi nor yang memberi informasi tentang penentangan di unikl mfi telah berjaya dan mereka telah berjaya membayar mengikut kredit.


Monday, April 27, 2009

bukti bayaran mengikut kredit hour

ini adalah bukti yang berada diwebsite; difahamkan benda ini telah didelete oleh pihak finance setelah mengeluarkan notis jawapan mereka. oleh kerana kami adalah budak baik; kami membaca semuanya semasa registration satu masa dahulu. ini adalah isu 04 november 2008 :) macamana kami dapat? jawapannya "Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web." yang baru punya dah kene delete pasal benda 12 kredit hour ni.

sila click untuk besarkan; gambar ini menunjukan bukti dari database unikl sendiri

isi 04 november 2008 - sila klik untuk besarkan

bukti pembayaran mengikut kredit. sila klik untuk besarkannya

ini adalah link itupun kalau pihak unikl finance tak mem"delete"kannya lagi. dan bandingkan dengan yang ini baru punya dan dekat sini takda pun sebut pasal 12 kredit hour ni. so ? apa kes? pasal dulu terus masuk, pelajar semua main tanda tangan invois je tanpa banyak soal kan?

kalau rm5.5k bersih unikl songlap masa praktical pastu kali ni nak songlap plak bebudak kredit hour kurang?

Sunday, April 26, 2009

menjawab kekeliruan anda.

ini adalah dari pihak finance punya bahasa

pihak finance suka mengugut pelajar mengunakan pekataan mara dan sebagainya untuk dapat duit cepat; perlukah kami menghormat sedangkan mereka yang mengajar kami?


soalan :
kenapa tak lapor polis kalau unikl songlap duit?

jawapan :
tujuan kami adalah mendapat jawapan yang paling tepat untuk kekeliruan kami; setiap soalan pasti ada jawapan dan pihak unikl telah memberi jawapan yang sangat kabur untuk soalan kami. tujuan kami adalah untuk mengumpul sebanyak mana pelajar untuk sign petition. kalau unikl tidak salah kenapa perlu takut? apapun tujuan kami murni dan bukan untuk tujuan personal. dan benda ini juga pernah berlaku di ipts lain. jangan lah fikir ini adalah satu keburukan kerana ini adalah sesuatu yang positive. :)

soalan :
siapa kami?

jawapan :
aku ialah kau; kau ialah aku, jika kau antara orang yang tidak puas hati, anda adalah salah seorang daripada kami

soalan :
anda seorang loser?

jawapan :
tepat tekaan anda! kami adalah golongan loser; memang kami golongan losers seperti yang anda katakan. kerana mereka adalah satu kelompok yang tidak mahu mengaku salah atau paling senang golongan nak menang. dan ini adalah jalan untuk kami mengeskpirasikan dukacita kami.


soalan :
tak takut ke?

jawapan :
ini adalah demokrasi secara aman, BCB (sekarang CIMB) dahulu pun ada buat. kenapa perlu takut? penakut hanya berdiam diri menerima segalanya. rasa tak puas hati hanya pendam dalam hati simpan bawa kubur buat apa? sedangkan kita boleh meyelesaikannya sekarang. berusaha dahulu baru tawakal. :)

soalan :
kenapa perlu disini kenapa tak mengadu kepada mpp?

jawapan :
siapa MPP? jawatan kuasa yang dilantik secara auto kerana tiada penyokong ke? ataupun golongan pakai baju batik ke kelas dan ada meja macam staff kat unikl tu?

akan di update *