Saturday, May 8, 2010

pengiraan berdasarkan kredit hour

oleh kerana keperihatinan terhadap pelajar unikl, aku ingin mengeluarkan pengiraan jumlah hutang unikl bedasarkan document yang telah unikl keluarkan pada 17 decemeber 2009. harap ini dapat membantu para pelajar unikl sekalian untuk mengira. maaf kerana lambat mengeluarkan pengiraan ini, pengiraan ini adalah tepat kerana pengiraan inilah yang aku tunggu daripada unikl untuk keluarkan pada awal pembukaan blog ini.

sesetengah pelajar telahpun mengambil tindakan bedasarkan information yang aku dapat secara tidak formal daripada sesetengah pihak. tentang tindakan unikl selepas itu aku tak tahu kerana mereka adalah kaki putar belit yang sungguh tidak bijak. diharap pelajar-pelajar yang berkunjung di blog ini dapat menyebarkannya. apapun saya putar halim!


new basis charging dikeluarkan unikl

unikl ada keluarkan beberapa appendix tapi yang aku copy just appendix 1, appendix 3 dan appendix 5 pasal itu jela yang ada hubung kait dengan pengiraan disini. appendix 1 menerangkan pasal bayaran combo meal 1 semester, appendix 2 pula adalah pengiraan kredit hour seperti di atas dan appendix 5 adalah contoh pengiraan yang dikeluarkan bagi normal student yang tak transfer apa-apa, student yang transfer kredit hour, student yang fail ataupun withdraw paper.
appendix 5 ni biasalah memang susah nak faham.

cara calculation simple je tak payah nak baca appendix 5 tu. caranya seperti berikut

total pay - (credit hour taken * intake charging) = hutang unikl

intake charging tu 200x/1 bermakna anda adalah batch 200x January dan 200x/2 pula intake June.

contoh pelajar yang mengambil 126 kredit tanpa transfer, batch january 2007 mengambil degree.

(8 sem * 5500) - (126 credit hour * 349)

(44000) - (43974) = 26

ini bermakna unikl berhutang dengan anda rm26. unikl masih berhutang juga kan?

contoh pelajar yang mengambil 90 kredit transfer 36 kredit, batch january 2007 mengambil degree. calculation berdasarkan pengambilan 6 sem.

(6 sem * 5500) - (90 kredit hour * 349)

(33000) - (31410) = 1590
ini bermakna unikl berhutang rm 1590 dengan anda

okay maaf kerana berkata unikl berhutang rm1800 dengan aku, unikl sebenarnya berhutang rm4897.00 dengan aku. (untuk entri seterusnya, kena saving cerita)

dibawah aku dah sediakan zip file yang berisikan pdf-pdf files yang sah dikeluarkan oleh unikl management. silalah download kalau korang takde copy file-file ni.


and please correct me if im wrong :)

sekian dari anonymous


Thursday, May 6, 2010

email kami untuk berita terkini

daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, blog ini masih dipantau oleh admin-admin unikl, so sebarang komen tidak puas hati anda, anda boleh emailkan ke email kami. jangan risau identiti anda akan dirahsiakan.

ini adalah untuk kemajuan unikl sendiri, sekian :)

Wednesday, May 5, 2010

penipuan unikl sekali lagi

okay, dimaklumkan aku telah pun menjadi bekas pelajar unikl, entahlah nak teruskan blog ini atau tidak kerana unikl tidak pernah gentar dengan cerca herdik pelajar unikl, mereka tetap kepala batu. tiada perubahan dan juga berdiri dengan ketamakan diri sendiri.

okay ni nak story sikit pasal memo yang dikeluarkan oleh unikl dimana unikl telah mengeluarkan new basis charging pada 17 december 2009 iaitu pengiraan mata pelajaran mengikut kredit. setelah 4 tahun baru ada mengikut kredit? wtf man. abis tu macamana korang kira pengiraan kredit untuk budak-budak batch 2006-2007? daripada info yang aku dapat ada sesetengah daripada mereka membayar mengikut kredit hour yang sebelum ni pihak unikl kata mereka tidak mengenakan bayaran mengikut kredit. apapun management unikl tetap sampah seperti sedia kala.

oleh kerana memo new basis charging ini keluar aku telah pun pergi ke unikl bertanyakan hutang unikl kerana dari pengiraan yang aku buat unikl berhutang lebih kurang rm1800, ini berdasarkan pengiraan yang mereka bagi.

okay ini antara dialog bersama jin-jin unikl

unikltipupelajar : berdasarkan pengiraan new charging yang dikeluarkan pada 17 december 2009 di unikl online, saya mendapati unikl berhutang dengan saya berjumlah rm1800

jin unikl : oh yeke? mengikut pengiraan saya kebanyakan pelajar masih berhutang dengan unikl

unikltipupelajar: tapi saya boleh buktikan dimana memo yang dikeluarkan telah saya simpan sebagai bukti.

jin unikl : okay macamana kau kira? daripada apa yang kami tahu kami tidak berhutang

unikltipupelajar: okay daripada bukti ini saya adalah pelajar batch 2007, mengikut kaedah ini saya telah mengambil sekian-sekian kredit hour di mana saya telah pun transfer 36 kredit hour. saya telah membayar 33k iaitu 6 sem * 5.5k, dengan itu setelah menolak jumlah kredit hour yang saya ambil unikl telah berhutang lebih kurang rm1800

jin unikl : terdiam sekejap. okay bagi id number

unikltipupelajar: 52245xxxx

jin unikl: okay macamni encik unikltipupelajar, kami memang mengeluarkan memo tu tapi bukan untuk batch encik unikltipupelajar, batch yang telah habis kami tidak akan mengira untuk memo ini, paham?

unikltipupelajar: tapi kalau encik jin taknak kira kenapa perlu letak column untuk batch saya? ini adalah tidak adil bagi pelajar-pelajar.

jin unikl: kau bekas pelajar, memo ini untuk pelajar sahaja. faham? (terus blah)


ini bukan dialog sebenar tapi isi-isinya adalah benar, aku dah lupa macamana aku berbincang dengan jin tingkat 29 tu yang aku ingat adalah isi-isi penting sahaja. so kepada batch yang akan habis pada pertengahan tahun ini diharap buat pengiraan dan minta unikl pulangan duit tu kepada mara, kesian mara dah takde duit pasal kena kikis oleh universiti-universiti seperti universiti kuala lumpur ini.

sekian dari anonymous