Tuesday, August 18, 2009

entri bercakap dengan JPM MIIT

entri ini agak tidak sopan bahasanya.

E
mail dari Ridwhan Merican Fazil Merican timbalan jpm MIIT

Assalammualaikum,

terima kasih di atas maklumat tuan mengenai "kelam kabut"nya sistem pengurusan. Harap tuan luaskan pandangan lagi,,, kekadang kita mudah nampak sesuatu yang kurang elok berbanding yang elok.

untuk mengenai pembayaran yuran pengajian,,
pernah tak awak terfikir mengenai peralatan yang digunakan sewaktu belajar serta kosnya?
pernah tak jua memikirkan bahawa kita di institusi swasta IPTS, menggunakan duit yuran pengajian untuk tampungan kos peralatan(software/mesin/meja lukisan) yang digunakan?
sistem dicipta untuk memudahkan manusia andai kita memahaminya.

Sekian .

Jawapan Kami :

salam,

software yang tak diupdate? internet tak constant kelajuan? computer paling power "mac pro" yang ada ram 512? pembelajaran yang tak setimpal? computer yang kene maintain pakai just reboot ? adakah anda tak tahu unikl adalah salah satu unversiti yang mengaut keuntungan paling tinggi di mana mereka ada membeli satu hardware sistem yang berharga berbillion ringgit dan disimpan di stor sahaja ataupun mereka dah jual balik pasal nak belagak je lebih.

aku dengan rela hatinya memBUKA pemandangan yang sungguh luas kepada unikl dan cuba berfikir secara positif tetapi cukup sukar untuk mencari kesan positif, apa yang saya nampak kebanyakan kakitangan unikl berpesta pergi bercutilah, dan macam-macam lagi

secara serius peralatan unikl jauh ketinggalan daripada MMU dan LIMKOKWING, dimana yuran pengajian mereka lebih rendah daripada unikl yang kononnya menolong bumiputera (padahal mempergunakan), belum sebut hostel yang tunggang langgang lagi. kalau nak compare UNIKL dengan PTPL, PTPL jauh lebih tepat objective pembelajarannya dari UNIKL. dimana 50% pembelajaran unikl adalah business walaupun anda mengambil cos IT, MM, NETWORK dan ANIMATION. dan anda fikir sendiri, adakah kos tanpa mengunakan computer, hanya mengunakan tempat duduk dan dengar lecturer bercakap (bosannya) berharga rm5500? dan kenapa kami perlu membayar untuk Subject FYP sedangkan tidak ada kelas?? hanya ada presentation last? dan kredit hournya cukup tinggi (12 kredit hour, kenapa? FYP 1st 3 kredit hour, 2nd FYP 3 kredit hour tapi kat dalam slip tulis 6 kredit hour setiap sem. pandaikan menipu? dan bijaknya unikl memperbodohkan pelajar).

kalau betul nak jadikan pelajar usahawan, kenapa tak sediakan tempat untuk kami? betul mungkin anda kata, kenapa tak sambung je ke tempat lain, dan jawapannya senang, kerana pada masa yang lampau saya masih mempercayai unikl sebagai universiti positif. memang sistem dicipta untuk memudahkan manusia agar andai kita memahami memang menyenangkan, tapi bagaimanapula kalau admin/kakitangan/unikl sendiri tidak memahami sistem itu sendiri tapi rasa macam dah pro pakai sistem tu? anda tak perlu cakap pasal sistem disini kerana pelajar-pelajar unikl agak pro mengunakan sistem, contohnya bypass firewall, crack software, dan macam-macam lagi, ini semua tidak diajar oleh lectcurer-lecturer ya?

manusia dicipta berbagai-bagai, ada penyokong, ada pembantah, ada macam-macam lagi , di mana pembantah adalah orang yang inginkan perubahan bukan untuk diri sendiri tapi untuk si penyokong, pak turut, si pemekak telinga dan mr.nice guy (anda haha) juga. tapi oleh kerana mr.niceguy banyak rakan-rakan si penyokong dan pak turut yang tiada pendirian, maka benda ini jadi macam takde apa-apa berlaku, hanya seperti taik telinga bak kepada admin dan president unikl, korek dah bersih kan?

dan yang peliknya, admin unikl/kounselor/makcik cleaner takde cakap apa-apa pasal blog ini, maksud aku hantar emel dan menafikannya benda-benda ini, hanya anjing-anjing yang diupah sahaja yang menyalak. orang suruhan unikl kena tibai takpe asalkan boss besar punya reputasi tak terganggu. haha!