Kami ingin memberitahu tujuan kami buat blog ini bukan ingin mengutuk 100% unikl dari atas sampai ke bawah. dimana bagi kami pembelajaran yang di sediakan cukup berkualiti setanding dengan universiti-universiti lain. kami juga ingin memberitahu yang pelajar-pelajar UniKL juga berkualiti dan aktif dalam pembentukan politik UniKL sendiri.
1. Kami bukan anti UniKL; UniKL adalah di antara tempat terbaik untuk belajar.
2. UniKL menyediakan fakulti dan lecurer yang berkualiti untuk mengajar. dan pasal kemudahan yang berada di unikl kami enggan memberi komen.
3. Kami hanya tidak berpuas hati terhadap Pihak Management Unikl terhadap cara mereka berhadapan dengan pelajar.
4. Penentangan kali ini adalah berbentuk dalaman dan pihak luar tidak patut terlibat, ini adalah salah satu jawapan kenapa tidak perlu melibatkan media. walaubagaimanapun kami masih menerima surat sokongan pihak ketiga tanpa melibatkan media luar.
5. Pembukaan blog ini hanya untuk perbincangan dan pengumpulan pelajar untuk sign petition; sebabnya, terlalu sukar untuk mengumpul pelajar di main campus dan iklan-iklan petition sudah tentunya tidak dibenarkan di lekatkan di main campus. ini adalah cara baik untuk berhubung.
6. Pihak luar yang membaca sila faham; UniKL adalah salah satu universiti terbaik dalam membina graduan cemerlang cuma masalah ini datang dari pihak management.
7. slogan "unikl tipu pelajar" adalah untuk pihak finance yang telah memperlekehkan usaha sesetengah pelajar untuk bertanya sesuatu yang memang perlu di ketahui oleh pelajar. dan slogan ini tidak bermaksud untuk mengutuk kualiti pembelajaran yang disediakan diunikl.
Diharap dengan penjelasan ini dapat memberikan penjelasan terhadap pihak-pihak lain dengan harapan faham maksud sebenar apa yang kami juangankan.
notis : kami telah mengurangkan keagressifan blog ini di atas permintaan pelajar-pelajar yang mengantar email.
Saturday, May 2, 2009
Friday, May 1, 2009
layout blog diupdate
layer blog telah diupdate; dimana sokong kami button akan membawa kepada borang survey ; aduan pelajar akan membawa ke borang aduan pelajar. kami memerlukan data-data yang banyak untuk menjayakan petition ini. terima kasih.
sebarang pertanyaan sila email di email kami; di fahamkan sekali blog ini bukan milik personal; dimana kami mempunyai ramai orang menjayakan misi ini termasuk anda. terima kasih kepada informer yang menyokong dan memberi tahu perkembangan terbaru unikl management.
update * : new layout bermasalah tenikal; apa-apa pun kami akan update kembali with new layout. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)